PENDAFTARAN ACARA SECONDBRAIN

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

Kejohanan BolaSepak 9 Sebelah Terbuka 2026 Pulau Pinang

1.0 Nama

1.1 Pertandingan ini dinamakan; Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka 2026 Pulau Pinang;

1.2 Pemilihan nama pasukan adalah ditapis. Nama-nama yang menggunakan sensitiviti perkauman, lucah, atau apa-apa perkataan yang tidak senonoh adalah tidak dibenarkan.


2.0 Undang-Undang/Peraturan

2.1 Kecuali apa yang tersebut di dalam Peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka undang-undang permainan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah diikuti.


3.0 Penyertaan

3.1 Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 300.00;

3.2 Kelayakan penyertaan adalah melalui pematuhan peraturan yang telah ditetapkan ini;

3.3 Borang penyertaan perlulah dihantar secara soft copy bersama resit pembayaran yuran sebelum 10 Ogos 2026 atau tarikh akhir penyertaan ditutup.


4.0 Peruntukan Pasukan & Masa Bermain

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftarkan pasukan seperti berikut ;

Bil

Perkara

Jumlah

1

Pengurus Pasukan

1 orang

2

Jurulatih/Pegawai Pasukan

2 orang

4

Pemain

12 orang

JUMLAH

15 orang

4.2 Pemain Profesional yang sedang bermain atau dalam kontrak (Liga Super, Liga PMFL atau mana-mana liga profesional atau semi-profesional Bola Sepak C Futsal di Malaysia) semasa tempoh acara dianjurkan adalah tidak dibenarkan.
4.3 Pemain bukan warganegara Malaysia dibenarkan menyertai kejohanan dengan syarat memiliki pasport dan visa/pas yang masih sah. Semua dokumen hendaklah dikemukakan kepada urus setia sebelum kejohanan bermula.
4.4 Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang pemain di atas padang sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika kurang, pasukan tersebut dikira menerima kekalahan dengan jaringan permainan di kedua-dua peringkat, masa permainan adalah 15 minit bagi keseluruhan permainan (tiada separuh masa kedua);
4.5 Pasukan yang menang akan mendapat tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan kalah tidak mendapat mata. Tempoh masa menunggu adalah 7 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar Peraturan atau tidak hadir pada masa yang ditetapkan, akan dikira kalah dan pasukan lawan dikira menang serta akan memperolehi tiga (3) mata kemenangan;
4.6 Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.

5.0 PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN

5.1 Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan merbahaya kepada dirinya atau pemain-pemain lain termasuk barangan kemas. Alatan asas yang diwajibkan ialah:

- Jersi atau baju bernombor dan berlengan

- Seluar Pendek

- Stoking

- Shin Guard

- Alas Kaki Yang Bersesuaian


6.0 PERTUKARAN PEMAIN

6.1 Pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa termasuk masa tambahan dan pemain yang diganti dibenarkan masuk semula di dalam perlawanan yang sama (Rolling Substitution). Pemain gantian mestilah terdiri daripada pemain-pemain yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran.


7.0 PENDAFTARAN PEMAIN

7.1 Sebelum bermulanya pertandingan, setiap pasukan hendaklah mengemukakan nama sembilan (9) pemain dan baki pemain simpanan di dalam borang pendaftaran pemain yang disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Nombor jersi adalah muktamad.


8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan manakala pusingan kedua hingga ke perlawanan akhir secara kalah mati. Dua (2) pasukan tertinggi setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati (sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan urus setia dan bilangan akhir penyertaan). Tiada masa tambahan diperuntukkan pada pusingan kalah mati. Jika permainan berakhir dengan keputusan seri, tendangan penalti akan diadakan.


9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

9.1 Secara Liga

9.2 Cara mata perlawanan

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

9.4 Sekiranya di akhir perlawanan dalam satu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 atau lebih pasukan, maka keputusannya akan ditentukan seperti berikut; Pasukan yang melebihi perbezaan gol (Goal Difference) akan diisytihar sebagai pemenang; Sekiranya perbezaan gol sama, maka pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira pemenang;

9.5 Sekiranya jaringan gol sama, maka pasukan yang dibolos gol paling kurang (Goal Conceded) akan dikira menang; Jika semua perkara diatas didapati sama juga, maka keputusan muktamad akan dibuat secara lambungan syiling.


10.0 SISTEM KALAH MATI DAN SEPAKAN DARI TANDA PENALTI

10.1 Sekiranya tamat sepenuh masa permainan keputusan masih lagi seri, maka tiga (3) sepakan dari tanda penalti akan diadakan, jika masih lagi seri maka penalti secara “Sudden Death” akan dilakukan sehingga ada pemenang.


11.0 PENANGGUHAN

11.1 Jika permainan dihentikan olah pengadil atas sebab pergaduhan atau campur tangan penonton, maka kedudukan keputusan perlawanan akan di tentukan oleh jawatankuasa/urus setia, begitu juga tindakan ke atas pegawai dan pemain terlibat.


12.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

12.1 Pasukan yang hadir akan diberi mata kemenangan tiga mata dengan jaringan (3-0).


13.0 BANTAHAN/ADUAN/PROTES

13.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara Berikut;

13.2 Deposit bantahan sebanyak RM500.00 diperlukan:

13.3 Semakan oleh jawatankuasa pertandingan dan pengadil perlawanan;

13.4 Foto/video diperlukan bagi setiap bantahan dilakukan. Jika tiada, dianggap tiada bukti melainkan secara terang-terangan kesalahan dilakukan (contoh, pemain yang tidak layak bermain berada di dalam skuad utama permainan dan disaksikan pengadil perlawanan);

13.5 Jika bantahan sah, wang deposit dikembalikan sebanyak RM300.00. Jika tidak sah, wang deposit dibekukan/tidak dikembalikan.


14.0 TINDAKAN TATATERTIB PERMAINAN

14.1 Mengenakan penggantungan automatik (1) satu perlawanan bagi pemain yang dikenakan (2) dua kad kuning;

14.2 Mengenakan penggantungan automatik (2) dua perlawanan bagi pemain yang dikenakan kad merah atau buang padang dan penyertaan pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan ini akan diputuskan oleh urus setia perlawanan acara Bola Sepak 9 s’. (tertakluk kepada laporan pengadil dan akan diputuskan oleh JK/Urus Setia)

14.3 Penggantungan pemain yang mendapat kad kuning sahaja secara automatik akan terbatal apabila pasukan mereka layak memasuki Peringkat Kalah Mati (pusingan kedua dan seterusnya).


15.0 KEADAAN LUAR JANGKA

- Campur tangan pihak berkuasa akan digunakan.


16. Pembayaran Penyertaan

  1. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM300.00.
  2. Penyertaan hanya akan disahkan selepas bayaran penuh diterima oleh pihak penganjur.
  3. Semua pembayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan yang ditetapkan.
  4. Pasukan yang gagal menjelaskan bayaran penuh sebelum tarikh tutup berhak digugurkan daripada senarai penyertaan tanpa sebarang notis.
  5. Sebarang caj transaksi atau pindahan wang (jika ada) hendaklah ditanggung oleh pihak peserta.


17. Klausa Pembatalan Penyertaan

  1. Yuran penyertaan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri selepas pendaftaran disahkan.
  2. Sekiranya pasukan menarik diri sebelum jadual pertandingan dikeluarkan, pihak penganjur berhak mempertimbangkan pemulangan yuran secara sebahagian (50%) atau penuh (100%) berdasarkan budi bicara penganjur.
  3. Pasukan yang gagal hadir pada hari pertandingan tanpa sebarang makluman dianggap menarik diri (Walkover) dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
  4. Pihak penganjur berhak menggantikan tempat pasukan yang menarik diri dengan pasukan simpanan tanpa sebarang tuntutan daripada pasukan asal.


18. Pembatalan Program

  1. Pihak penganjur berhak menangguhkan, meminda atau membatalkan kejohanan sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan seperti cuaca buruk, bencana alam, arahan pihak berkuasa atau perkara lain yang menjejaskan keselamatan dan kelancaran program.
  2. Sekiranya kejohanan ditangguhkan, penyertaan dan bayaran akan dibawa ke tarikh baharu yang ditetapkan.
  3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan, Sila Hubungi 013-6666588 En Shahir @ Pak Teh Real Mesra


Disediakan Oleh : 

Secondbrain

Pengarah Program/Urus Setia

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Terbuka Pulau Pinang



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PENDAFTRAN PASUKAN KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH TERBUKA HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN