
Terma & Syarat Vendor Bertam Street Market
Tempoh Operasi: Street market akan beroperasi setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad pada setiap minggu setiap bulan, kecuali jika ada acara lain yang akan menggunakan lokasi tapak.
Semua peniaga hendaklah mematuhi waktu operasi Bertam Street Market dari jam 6 petang hingga 12 malam. Peniaga harus hadir setidaknya 1 jam sebelum pembukaan untuk persiapan.
Pembayaran: Yuran penyertaan harus dibayar sepenuhnya sebelum tarikh yang ditentukan oleh penganjur. Yuran ini tidak dapat dikembalikan kecuali jika street market dibatalkan oleh penganjur.
Peniaga hanya dibenarkan mengambil maximun 2 tapak dan 2 menu jualan sahaja.
Ruangan & Khemah: Tapak yang diberikan kepada peniaga oleh penganjur tidak tetap dan boleh berubah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian. Tidak ada penambahbaikan atau perubahan boleh dibuat tanpa kebenaran penganjur.
khemah berwarna PUTIH sahaja, Khemah berwarna lain TIDAK DIBENARKAN.
Sumber Elektrik: Sumber elektrik disediakan penganjur (TERHAD untuk kegunaan Lampu, Kipas & 1 Unit Peralatan Elektrik SAHAJA).Jika sumber elektrik yang diperlukan lebih, permohonan khas harus dibuat dan mungkin dikenakan yuran tambahan.
Kebersihan: Peniaga bertanggungjawab memastikan kawasan mereka bersih sepanjang street market berlangsung dan selepasnya.
Keselamatan: Setiap peniaga bertanggungjawab atas keselamatan produk, peralatan, dan kawasan mereka. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan.
Produk: Peniaga hanya dibenarkan menjual produk yang telah dinyatakan dalam borang pemohonan. Produk yang dianggap tidak sesuai atau menyalahi undang-undang tidak boleh dijual.
Promosi: Semua peniaga digalakan untuk aktif mempromosikan Bertam Street Market secara ONLINE atau OFFLINE agar lebih ramai diketahui dan lebih ramai pengunjung setiap minggu. Pihak penganjur akan turut sama aktif mempromosikan Bertam Street Market.
Polisi Pembatalan oleh Peniaga: Sekiranya sebarang peniaga ingin membatalkan penyertaan, pemberitahuan tertulis harus diberikan kepada penganjur setidaknya 7 hari sebelum tarikh acara bermula. TIADA WANG DIKEMBALIKAN
Polisi Pembatalan oleh Penganjur: Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peniaga jika terdapat pertikaian dengan pemilik tapak, kesamaan menu yang berlebihan antara peniaga atau sebab-sebab lain yang dianggap munasabah oleh penganjur.
Hak Penganjur: Penganjur berhak untuk membuat perubahan pada terma dan syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Reg. No: PG 0418057-a